Friday, October 15, 2010

KDC Pendidikan Khas~

Salam....
Dah lama sangat aku tak update blog ni, byk rasanya cite nak kongsi tapi rasa mcm malas+penat dgn tugas-tugasan seharian...
Malam ni ter'rajin' lah plak nak update.. Sebabnya 18.10.2010 (Isnin) ni aku ade interview nak masuk KDC Pendidikan Khas setelah hampir 9 bulan menjadi GSTT Pendidikan Khas...
Korang tahu ke ape tu KDC?? Nak tahu ke?

Kursus dalam Cuti a.k.a KDC sama macam KPLI..tapi KDC ni kena mengajar kat sekolah, cuti sekolah kena masuk maktab... KPLI setahun jekan, tapi KDC ni setahun setengah.. Kalau KDC Pendidikan Khas ni, hanya GSTT Pendidikan Khas je yang boleh mohon.. Masa nak interview nnte, diwajibkan kena amik ujian INSAK.. Kalau KPLI M-test kan... Harap-harap aku pass ujian INSAK tu dan dipermudahkan masa interview nnte.. Doakan yek.. Kalau aku dapat, 22 Nov ni daftar masuk maktab... Yang mohon 37 org, kekosongan pun 37 org jugak.. kalau tak dapat ruginya..

Sebab tu malam ni aku tersangatlah rajin berinternet.. Yela, sebagai preparation nak temudugalah katakan... Banyak sangat isu pendidikan skg ni.. MBMBI, NKRA, pemansuhan PMR dan yang paling terbaru hari ni Bajet 2011. Mesti ditanya punya..COnfirm!

Jom layan gambar..
Sambutan Hari Raya


Lawatan Ke Melaka


Perkhemahan Unit Beruniform

Ok.. Tu je buat kali ni.. cau.. cin.. cau..