Tuesday, July 24, 2012

Amalan untuk TTC

Salam Ramadhan.....

Hari ni hari ke-4 umat Islam berpuasa.... so, aku baru nak mula berpuasa esok.... Alhamdulillah.....
Dan esok mentor aku nak 'observe' (bahasa kat sekolah, mencerap). Baru siap print segala bagai... Ada masa ni nak update blog laaa... hehe...

Sebenarnya aku nak kongsikan pengalaman aku untuk ber'TTC. Maklumlah, bulan ni dah 1 tahun 4 bulan aku kahwin... Aku tak kisah kalau orang tanya, 'belum ada isi ke?' Sikit pun aku tak terasa, aku akan cakap 'doakan la ye...'. Aku dan en jawe masih lagi tinggal berjauhan, belum rasa nikmat tinggal berdua... Bila ingat-ingat balik macam mana tahun lepas kitorang berpuasa, aku pun lupa. Tak ingat langsung. Sebabnya masa aku banyak di Shah Alam. Memang belum ada rezeki kami berdua untuk waktu sekarang ni. dan..... aku akan gunakan masa yang ada sebelum ada anak ni, untuk merasai kenikmatan hidup berdua-dua dulu. Mungkin belum rezeki kami lebih-lebih lagi waktu sekarang ni, en jawe yang kerap outstation, dan aku yang masih praktikal lagi..... Tapi bukannya aku belum bersedia..... Rasa dah bersedia untuk ada anak, tapi mungkin Allah yang lebih Maha Mengetahui. . . 


Sebenarnya banyak perkara dan usaha yang aku amalkan untuk berTTC. Sampaikan roomate aku cakap 'ko ni faizin, banyak benda yang ko tahu kann.'hehe..  Nanti aku kongsikan apa yang kami berdua amalkan. En jawe tak banyak masalah, dia akan ikut apa yang aku cakap. Terima kasih abang... 
Sebab member aku pernah cakap, suami dia sampai cakap 'itu tak boleh, ini tak boleh. Kalau Allah nak bagi, bagi jugak! Tak payah pantang2' Bagi aku, setiap orang lain-lain. Ikutlah cara masing-masing. Pada aku, selagi boleh, kita jangan berputus asa, USAHA dan bersangka baik pada Allah. Akan ada rezeki untuk kita...


So, tadi google2 kejap dan terjumpa blog dari Ustazah Siti Bahiyah.... Aku nak kongsikan kat sini untuk sesiapa yang tengah usaha untuk dapatkan zuriat.....

Amalan pertama
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan kedua
-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.


Semoga beroleh manfaat dan dimudahkan perolehi zuriat.... Amin...


p/s: Aku mengharapkan 'miracle' di bulan Ramadhan ini.......



Sunday, July 22, 2012

Hadiah dari suami

Hari ni hari kedua umat Islam berpuasa.... Saya tengah bendera merah.... So faham2 jelaa..kali ni cik p datang dlm cycle 37. Syukurlaaa. Skg ni tgh cuba nak regularkan cik p ni balik. Tak sanggup macam bulan lps smp cycle 48. Semua sakit ada. Harap lepas ni cik p ni dtg on time la ye..

Hai dah lari tajuk ni... Sebenarnya nak bagitahu, semalam dapat hadiah birthday dari en jawe.. Hadiah ape?? Ni tgh guna la ni... Testing2... yes... IPHONE..... Sebenarnya ms 2.7 hari tu en jawe dah ckp takde hadiah.. Aku pun ok je, lagipun macam2 aku dapat semenjak kawen ni. Minta apa je dapat. Kesian laki aku kan. Siang malam bekerja nak sara kehidupan kami berdua. Nak harapkan elaun ciput aku mmg takla kan... Sangat teruja pakai benda alah ni. Hehe. 
Alasan utama beliau belikan aku iphone ni sbb lepas ni aku xpayah pakai iphone die nak main fb... (oh, sampai hati abang...)


Oklah xde gambar... Nak testing je ni...

Sunday, July 8, 2012

Celebrate birthday CIKGU

Salam, aku nak update pasal birthday ni.....

masa 3.7 lepas, sehari lepas birthday, student2 aku kelas 4 Damai menyambut besday aku....
alahai, baiknya diorang ni... tak sangka plak..
pagi-pagi lagi, syazana & fazira dah datang jumpa aku... 'cikgu masa ke 5, cikgu free tak? kitorang nak sambut besday cikgu.....'


Nasiblah aku memang takde kelas waktu ke-5 tu.... Tiba-tiba diorang pun bawa kek coklat yang sangat sedap di bilik guru... Segannya masa tu. Nasib cikgu2 tak ramai....

Ini lah keknya....

Sebenarnya kelas 4 Damai ni, kelas aku yang paling 'havoc'.... Kaki ponteng, malas belajar, suka buat bising.... Tapi sekarang ni, aku boleh kawal budak-budak kelas ni... Aku kan suka beri motivasi kan diorang. Sampaikan aku suh diorang angkat tangan dan berikrar kena ubah sikap..... Memang sapa tak tahan, memang boleh stress....!! Aku pun selalu ugut diorang kalau malas belajar, aku suruh En Shaari ganti cikgu lain, aku tak nak ajar diorang lagi... 'cikgu tak nak cikgu.. kitorang suka cikgu...'
Tahu takut, baru ugut sikit... hehe..

Alhamdulilah kelas ni sikit-sikit dah nampak peningkatannya. Boleh khusyuk time aku mengajar, yang kaki ponteng pun, nak datang kelas.... oklah kan.... 

cikgu, cepatlah potong kek....

Inilah dia, fikri yang sponsor kek...TQ

Lepas tu, aku pun suh diorang bawa kek ke kantin.. Makan ramai ramai-ramai dengan budak kelas....

Student perempuan 4 Damai

Kenangan yang takkan aku lupa... Baru jadi cikgu praktikum 2 bulan, ada jugak student nak celebrate besday kan... Tahun depan, ada lagi tak?? hehe... Teringat masa jadi gstt, time besday aku yang bawa kek bagi kat student... hehe.. Terbalik kot pulak sekarang...

setahun lepas di SK Kompleks Uda.. sambut besday dengan student

Monday, July 2, 2012

Happy Birthday 2.7.12 ~ 27 years

Happy Birthday NUR FAIZIN ABD RAHMAN

Wah, happy betul..... Cantik kan tarikh... 2.7 di usia 27 tahun...
Dah tua rasanya... Betul ke dah 27 tahun ni, macam 17 je..... (perasan..!!)
Hari ni en Jawe pun ada kat kl, dia ambil cuti sempena besday bini kesayangan dia...
Balik sekolah pun dia jemput, disebabkan badan tak sihat sangat terus balik hotel...

So, malam baru dia belanja makan Secret Recipe... Tak sempat nak snap pic. Takpelah.... Tersemat di hati je...

Faizin,
"semoga awak dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia, dapat menjadi isteri yang taat dan solehah dan semoga rumahtangga yang dibina kekal sampai ke syurga.... dan semoga ulang tahun yang ke-28 akan dapat menjadi ibu kepada baby yang comel...Amin Ya Allah...."