Friday, September 23, 2011

Home Sweet Home

Salam Jumaat....
Hari ni aku ada mood sikit nak menaip kat blog.. maybe otak tengah free, assignment dah banyak yang dah submit.. Minggu ni balik rumah dok goyang kaki jelaa..
Aku nak bercerita sikit perihal rumah kitorg. Alhamdulillah, aku dan en. Jawe dah ada rumah sendiri... Sebenarnya aku plan nak dok rumah sewa je sebelum beli rumah, tapi en Jawe beria2 nak beli rumah jugak. Rumah kat JB ni memang mahal kalau nak tahu.
Survey punya survey, dapatlah aku rumah ni, dalam 5 minit je dari rumah mak aku.
Bestkan.. aku memang tak boleh jauh2 dgn mak aku.. Anak mak..
En Jawe pun sangat memahami.. kalau die outstation, die kate bolelah mak tengok2kan aku.. Taklah aku sunyi..
Rumah ni kitorang beli sebelum kahwin lagi. Memang dahsyat time tu, nak kumpul duit nak kahwin, nak bayar rumah, nak bayar lawyer... Memang sakit time tu.....
Alhamdulillah, kitorang dapat menghadapinya....
Sekarang ni, dah dekat 6 bulan dok rumah ni.. Dari rumah ni kosong, sikit2 kitorang beli perabot rumah... Bergaduh jugak dengan En Jawe nak pilih cat, perabot. Masing-masing nak ikut selera masing2. Tapi rasanya aku lagi pakar menghias... Al maklumlah peminat Eric Leong..hehe..


  Living hall kami. Rumah kecik je

Cantik tak? Aku memang minat interior Eric leong.. So, banyaklah idea+inspirasi aku untuk mendekor rumah dari mamat botak tu... Plus, aku pun memang minat dengan barang2 Ikea. Kakak aku la yang mengajar ni... Setakat ni, baru 2 kali aku pegi shopping kat sana. En Jawe tak suka, dia kata aku ni fanatik sgt dengan Ikea... Tak abis2..ikea2.. Tapi die layan jugak....


Sofa tu En Jawe pilih. Tengok badanlaa

Dining hall. Nak upgrade lagi. Nampak kosong kan?

Monday, September 19, 2011

Aku seorang student!

Aku kini seorang student....
Sebenarnya, aku dapat sambung DPLI kat UiTM Shah Alam.. UiTM dihatiku... kan..kan..
Aku dah daftar 9 Julai hari tu.. kira dah 2 bulan lebih la aku bergelar student sepenuh masa..

Dengan berkat sokongan En Jawe, family dan cikgu2 sekolah, aku ambil keputusan letak jawatan GSTT Pendidikan Khas.. Walaupun hampir 2 tahun aku kat sekolah tu.. Sedihnya tak tahu nak cakap.. aku sayang murid-murid Pendidikan Khas. Tapi, diorang cakap, ni dah rezeki aku, peluang aku dan untuk masa depan aku.. Rugi kalau aku tolak. Lagipun, aku muda lagi dan takde anak lagi. Memang aku serba salah nak terima dpli ni. Bak kata en Jawe, 'biar kita susah dulu, nanti kita senang kemudian hari." Tapi, ini lah pengorbanan yang aku ambil tatkala inai masih merah di jari masa aku daftar masuk hari tu... (jiwang la pulak..).

En Jawe?? Orang kate, semakin jauh semakin sayang.. Die sangat memahami.. Lagipun, every week aku balik untuk memenuhi tuntutan+tanggungjawab aku sebagai seorang isteri.. cewahhh... En Jawe akan tinggalkan sebakul penuh baju untuk aku basuh. Sebelum balik pun aku akan gosokkan baju seluar kerja dia untuk seminggu... dan bila balik Shah Alam, die akan hantar aku.. Kesian dier....

Kehidupan?? Aku happy kat sini, kawan2, lecturer semuanya best2... Masa mula-mula nak daftar, macam2 aku pikir.. Nak berkenalan dengan kawan baru, suasana baru, nak kena belajar balik walaupun dah 2 tahun meninggalkan zaman U.. ohh, semuanya stress..
Tapi alhamdulilah aku dapat mengharunginya dengan baik~~

Sebenarnya baru tahun ni DPLI buat program setahun setengah.. sebelum2 ni setahun je..
1 tahun belajar+ setengah tahun praktikum. So, nak tak nak, kenalah aku hadapinya.. dah ni keputusan aku dan ini cita2 aku untuk menjadi seorang pendidik.. Doakan semoga aku berjaya with flying colors.. Amin...

Gambar gedik dalam kelas..hehe,,

Ni lah kehidupan aku sekarang, mengadap buku+assignment+presentation


Berbuka puasa di Tanjung Harapan

Kawan2 yang best dari pelbagai negeri

Friday, September 16, 2011

Eidul Fitri 2011

Masih tak terlambat lagi aku nak ucap
"Selamat Hari Raya Aidil Fitri Minal Aidil WalFaizin..."
Wah, bangga cheq noo.. Memang aku bangga mak aku bagi nama Nur Faizin aka cahaya hari raya @ cahaya kejayaan... bersempena hari raya.. tapi nama ni universal.. lelaki ade, pempuan pun ade.. dan nama ni jarang jugak ade kat pasaran..hee..
Aku mmg lahir 13 syawal.. Mak kata, sempat lg mkn ketupat, rendang time tu.. tapi ingatkan anak lelaki, nak letak nama Mohd Aidil.. kuarnya pempuan ala2 comel lg.. tu yang terus letak nama yang indah lagi permai ni...

Tu baru intro je.. sebenarnya aku nak cite, tahun ni 2011, 1st time aku beraya ngn en Jawe.. tahun ni beraya kat rumah die, kat Muar.. takpe aku bg can kat die dulu.. tahun depan kat jb pulak yee...

Tiap2 tahun, pg raya mesti die mms gambar die kat aku.. tapi kali ni aku dpt tgk die depan mata aku sendiri.. happy2~~ tp sedih jugak, selama 26 tahun aku beraya ngn fmly aku je.. dulu balik uma atok, tp atok da meninggal, so kami beraya kat JB je..
Kat rumah mertua aku, best jugak.. sbb fmly die besar.. pg lps solat sunat raya (walaupun aku tak pegi..) makan2 lps tu ade marhaban.. lps salam2, nangis2 semua, terus beraya rumah sedara mara die kat kg... smpla ke petang... penat jugakla..
kalau aku kat jb, lps mkn, salam2 dok ngadap tv je.. tunggula sape2 yg dtg rumah..hehehe..

Tapi yang kelakarnya, aku bole lupa salam cium tangan en Jawe masa pagi raya tu.. mmg tak ingat langsung, sbb sibuk bergambar ng sepupu sepapat die.. Tapi saat tu la yg aku tunggu2 selama ni. tp bole blur sekejap.. En Jawe la tegur mula2.. hehe.. bersalahnya aku.. Masa maghrib kami solat jemaah berdua, baru aku salam minta ampun.. aku mengaku memang banyak buat salah dengan die, en Jawe selalu cakap aku ni degil....degilkah aku??
Sebelum berakhir aku letak gambar aku & en Jawe di pagi raya..

Tema hijau.. comel kan..

Kenapa masa ni aku tak salam eh..confius
Keluarga besar mertuaku
Anis, Jaja, aku & Ecah