Monday, August 30, 2010

Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Hye guys!

Rasanya dah lama tak update blog... Al maklumlah, bulan puasa ni... Balik sekolah rasa nak tidur je... Rasanya masih sempat lagi untuk aku ucapkan Selamat Berpuasa kepada kawan-kawan walaupun hari ni dah masuk hari ke-20 umat Islam berpuasa. Tinggal 10 hari lagi je nak puasa...

Esok 31 Ogos 2010... Rakyat Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan yang ke-53.. Dengan tema "1 Malaysia Menjana Transformasi". Hari hari aku tanya anak murid aku apa tema hari kemerdekaan kali ni??? Hari hari kena tanya sebab kitorg ade buat pertandingan kuiz kemerdekaan utk budak budak ni. Takut terlupa je karang budak budak ni. Masa mula-mula aku tanya diorg ape tema kali ni, ade yang tanya "tema" tu ape cikgu?hehe.. Pening pening aku nk jawab.. Nak pikir ape jawapannya nk bg diorg senang faham..hehe..

Sempena bulan kemerdekaan ni, sekolah aku ade mengadakan Pertandingan Menghias Kelas. Berlumba lumba masing-masing nak hias kelas cantek2.. Gantung bendera la, yg best ade yang pasang lampu lap lip macam nak raya plak. Termasuklah kelas aku..haha.. Bukan murid-murid je menghias, kalau kelas aku cikgu cikgu yang sibuk bukan main. Faham faham jela kelas pendidikan khas. Pagi tadi masa perhimpunan, tibalah masanya keputusan yang dinanti-nantikan oleh warga sekolahku... Kelas aku dapat tempat ke-2 kalah dengan kelas Pra-sekolah...emm...tak aci tak aci... (sebenarnya jeles! hehe) Sebenarnya, kelas aku berlawan ngn pra sekolah je. Yang kelas normal lain kira..hehe.

Tinggal lagi 15 minit je lagi nak pukul 12... Tiap-tiap tahun dok kat rumah je. Tak pernah pun sambut merdeka kat luar..hehe. Lagipun, dari rumah aku ni dengar bunyi bunga api dari Danga Bay tu.. Tapi tak tahulah, bulan bulan puasa ni ade ke bunga api malam ni.. Aku pun tak tahu.. Tunggu jelah jap lagi.. Okey, aku akhiri dengan ucapan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 53. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Sunday, August 8, 2010

6 years ago~

Hari ini, 8 Ogos 2010...
6 tahun yang lepas, tarikh ni, first time dating dengan en jawa...wah, time tulah pertama kali keluar berdua-dua...Perasaan masa tu, berdebar-debar. dag..dig..dug... Hanya Tuhan yang tahu.
First time tengok muka dia, masa bulan 5 2004 itupun masing-masing bawa geng. yelah, nak selamat kan...lagipun kitorang kenal dalam mesej. Tu pun en jawa dapat no fon aku dari member die merangkap member teknik aku jugak...Thanks to Bob.

Kat mana ek kitorang first dating, kat TG. MAS, Muar. Aku n en jawa kebetulan pakai baju sama. Warna merah! Wah... macam lagu Stings 'kenangan yang lama menjelma.......'. Aku yang banyak cakap time tu, en jawa ala ala malu-malu kucing gitu. Menyampah.
Dulu en jawa kurus, ensem ala ala Fahrin Ahmad gitu. Tak macam sekarang... Dah gelap n bulat semacam..hahaha...

Tapi time ni kitorang belum declare couple pun. Ntah bila declare aku pun tak tahu. Yang penting, skang ni dialah tempat aku meluahkan perasaan, tempat aku nak cari pasal, tempat nak merajuk dll. Dialah kawan, musuh, abang dan segala-galanya bagi aku.

Tak sangka dari mesej, pastu jumpa, bercinta dan dah jadi tunang aku skg... Bab gaduh tu, jangan cakaplah. yelah 'Cinta Jarak Jauh' katakan. Aku kat Johor, en jawa kat Penang. 2, 3 bulan baru jumpa. Cuba skg ni suruh 1 bulan tak dapat jumpa pun, tak hingin aku..hehe..

Tengah update blog ni, tibe-tibe en jawa tepon. Macam tahu-tahu je die aku ngumpat pasal die.
Semoga hubungan aku n en jawa bahagia hingga jinjang pelamin n selama-lamanya. AMIIN.....

Saya Budak Baru Belajar

Salam Pagi Ahad semua....

Pagi ni lepas makan nasi lemak (orang blanje) aku gatal-gatal tangan nak try buat blog sendiri. Hehehe...
Saje je tulis blog, sebab orang lain pon ada blog jugak! Aku pon mesti lah ada... Tanak kalah katakan... Kuang3....

Saje je create blog ni. Nak menceritakan macam-macam kisah idup aku yang kadang-kadang agak mencabar (ye ke?). Lagipon, sekarang kan zaman IT. Mana ada orang tulis diari dalam buku. Orang tulis sumer kt komputer. Nanti anak-anak aku leh baca ape yang mak dia tulis.

So, blogger out there, salam perkenalan dari saya. Memang nak menambahkan ukhuwah sesama manusia lain. Pantun 2 kerat dari saya.
Saya budak baru belajar, kalo salah tolong tunjukkan.