Monday, August 30, 2010

Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Hye guys!

Rasanya dah lama tak update blog... Al maklumlah, bulan puasa ni... Balik sekolah rasa nak tidur je... Rasanya masih sempat lagi untuk aku ucapkan Selamat Berpuasa kepada kawan-kawan walaupun hari ni dah masuk hari ke-20 umat Islam berpuasa. Tinggal 10 hari lagi je nak puasa...

Esok 31 Ogos 2010... Rakyat Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan yang ke-53.. Dengan tema "1 Malaysia Menjana Transformasi". Hari hari aku tanya anak murid aku apa tema hari kemerdekaan kali ni??? Hari hari kena tanya sebab kitorg ade buat pertandingan kuiz kemerdekaan utk budak budak ni. Takut terlupa je karang budak budak ni. Masa mula-mula aku tanya diorg ape tema kali ni, ade yang tanya "tema" tu ape cikgu?hehe.. Pening pening aku nk jawab.. Nak pikir ape jawapannya nk bg diorg senang faham..hehe..

Sempena bulan kemerdekaan ni, sekolah aku ade mengadakan Pertandingan Menghias Kelas. Berlumba lumba masing-masing nak hias kelas cantek2.. Gantung bendera la, yg best ade yang pasang lampu lap lip macam nak raya plak. Termasuklah kelas aku..haha.. Bukan murid-murid je menghias, kalau kelas aku cikgu cikgu yang sibuk bukan main. Faham faham jela kelas pendidikan khas. Pagi tadi masa perhimpunan, tibalah masanya keputusan yang dinanti-nantikan oleh warga sekolahku... Kelas aku dapat tempat ke-2 kalah dengan kelas Pra-sekolah...emm...tak aci tak aci... (sebenarnya jeles! hehe) Sebenarnya, kelas aku berlawan ngn pra sekolah je. Yang kelas normal lain kira..hehe.

Tinggal lagi 15 minit je lagi nak pukul 12... Tiap-tiap tahun dok kat rumah je. Tak pernah pun sambut merdeka kat luar..hehe. Lagipun, dari rumah aku ni dengar bunyi bunga api dari Danga Bay tu.. Tapi tak tahulah, bulan bulan puasa ni ade ke bunga api malam ni.. Aku pun tak tahu.. Tunggu jelah jap lagi.. Okey, aku akhiri dengan ucapan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 53. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

No comments:

Post a Comment