Saturday, December 17, 2011

Review: Pelamin kahwin

Dah 8 bulan kahwin.. Dah basi cerita pelamin aku. tapi takpelah nak cerita jugak! Sebab ramai sangat member bride to-be yang bercakap...'mesti mahal pelamin ko', 'berapa harga pelamin ko' dan... ramai yang cakap, 'lawanya pelamin ko faizin....'

Ramai yang tahu majlis kahwin aku haritu buat kat dewan. Semestinya dewan TNB tu besar dan aku nak jugak PELAMIN YANG BESAR. Sebab baju aku dah warna MERAH MAK NGAH, so aku decide pelamin aku banyakkan warna putih. Tak nak tenggelam si pengantin nanti. 

View dari atas pelamin

Orang yang bertanggungjawab buat pelamin aku, As, owner butik pengantin Wedding Desire Jula Juli. Orangnya low profile je, baik sangat. Pakej aku amik dengan dia just pelamin + hiasan bilik tidur. Baju dengan solek, aku amik orang lain. Dekor dewan pun orang lain. Orang kata, tak mahal ke lain2, kenapa tak amik pakej. Aku dah puas survey 1 JB ni. Ni la yang paling murah.

As ni jugak yang solek aku masa tunang dulu. Aku cakap dengan As, aku nak pelamin macam ni macam ni..... Takde contoh pelamin pun. So, aku tak dapat gambarkan dia akan buat pelamin aku macam mana. So...... surprise kan....

Pelamin aku siap jam 10 pagi hari sabtu berlangsung majlis aku... Giler tak giler kann... Sebab malam sebelum tu, As and the geng sampai lambat. Dewan kena tutup kul 12 malam. So, tak dapat siapkan malam tu jugak. Siap gaduh dengan pemegang kunci dewan lagi. Memang kecoh masa tu. As tepon aku malam tu, cakap sori sangat dan dia janji akan siapkan pagi sabtu. Aku ok, sebab kesian kat dia sebab masa tu dia tengah mengandung.

Masuk je pintu dewan, aku tak sangka As buat pelamin aku cantik sesangat. Aku sangat puas hati!! Aku tak peduli kalau orang lain tak suka, yang penting aku dengan laki aku suka. Time berjalan kat red carpet, laki aku sempat berbisik, 'Lawanya as buat pelamin kita yang...' Aku pun memang tak sangka, senyum je sampai ke telinga..... kihkih.....

Jom layan gambar pelamin aku~~



4 sepupu aku. Flower girl. 

Tengok, berapa ramai yang boleh naik atas dewan ni. Ni semua family besar aku.

Kalau ada member yang berkenan, boleh dapatkan aku no tepon as ni ye.... 

Kereta Idaman

Nak beli kereta apa ek? Belum jadik cikgu lagi dah berangan-angan nak beli kereta. Aku memang suka berangan pun.... Takpe, berangan tu kan penting... 
Dulu, masa gstt aku pakai kereta family aku. So, jimat sikit. Dapatlah simpan duit untuk kahwin masa tu. Sekarang ni, laki aku pakai Myvi. So, nanti aku dah kerja mesti kitorg kena ada second car. 
Aku tak tahulah nak beli kereta apa. Tapi laki aku minat sangat kereta ni......


Laki aku peminat setia honda... Sikit-sikit honda2. Dulu masa beli myvi, time tu kitorg baru nak tunang. Banyak nak pakai duit, so beli kereta ikut bajet+keperluan masa tu.


Nak beli honda baru ni, aku rasa tunggulah 5-6 tahun lagi. Laki aku kata nak beli honda second je. Harga lebih kurang macam Persona.

Dia pun kata macam nak beli MPV, macam Grand Livina. Tapi, rasanya lepas dah ada anak 4-5orang kot. Tapi aku sebenarnya nak beli kereta apa.??? Apa kereta idaman aku??


Aku nak kereta ni je... Rasa cukupla untuk aku pergi dan balik sekolah nanti. Jimat pun jimat jugak. Kalau myvi dah cukup 'haul' nanti, juallah. Baru boleh beli honda baru.. Maybe time tu ekonomi kitorg dah stabil kann... Yang penting, no plat nanti mesti J++ 2004. Sama macam myvi, JMC 2004. hehehe...

Wednesday, December 14, 2011

Kenali diri orang bulan 7

Hye guys...
Aku selamat daftar untuk sem baru ni... Semester ni dari bulan Disember sampai bulan April sebelum aku pergi praktikum.. Semester baru, semangat baru, classmates baru. Aku berazam nak semakin rajin lepas ni... Tak nak tangguh-tangguh kerja lagi....So, sempena minggu pertama, semestinya takde assignment lagi. Aku pun nak meng'update' blog ni yang memang jarang2 di'update'.

Entry kali ni, aku nak cerita pasal ciri-ciri orang bulan 7. Sudah semestinya aku yang lahir bulan 7 sangat berbangga dilahirkan dalam zodiak Cancer (ketam).. Jangan main-main, ketam boleh menyengat...
Aku pun memang suka kalau kawan-kawan yang lahir sama bulan dengan aku, mesti boleh 'ngam' punya laa...!!

Apa dia ciri-cirinya? Aku rasa semua ciri-ciri dia memang sangat sama dengan aku, baik positif atau yang negatif... Kenalah terima kuburukan sendiri kann...hehehe..

Aku senaraikan 25 ciri-ciri orang bulan Julai:
1. Sangat suka didamping. (wah, sudah semestinya...)
2. Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. (ada jugakla..hehe)
3. Ada harga dan maruah diri. (ni confirm2la ada!)
4. Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. (Memang aku..tepat!)
5. Mudah dipujuk dan bercakap lurus. (laki aku xpernah pujuk, pujuk diri sendiri je..)


6. Sangat menjaga hati orang lain. (tepat, padat!)
7. Sangat peramah. (ni confirm2.. tak pernahla org kata aku pendiam)
8. Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. (tepat, mudah sgt terluka)
9. Berjiwa sentimental. (memang...... cengeng!)
10. Jarang berdendam. (bukan jarang, xpernah dendam dgn sapa2 pun)


11. Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. (tak dendam, tapi takkan melupakan. betul, tepat!)
12. Tidak suka benda remeh-temeh. (laki aku ckp aku suka pk hal remeh-temeh)
13. Membimbing cara fizikal dan mental. (ye kot, sbb tu dapat jd cikgu)
14. Sangat peka, terlalu mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.(tepat 100%)
15. Sangat suka kanak-kanak. (tepat 100%)


16. Tinggi daya simpati. (tepat!)
17. Pemerhatian yang tajam. (bolelaa...)
18. Mudah dan rajin belajar. (org kate, aku rajin. dulu kecik2, rajin jugak. skg ada mls sikit)

19. Suka duduk di rumah. (suka jalan2 kot. hehe)
20. Rajin dalam membuat kerja. (dlm adik beradik aku yg plg rajin kot..hehe)


21. Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. (betul!)
22. Lemah dari segi kesihatan perut. (patutlaa...)
23. Mudah gemuk kalau tak kawal diet. (yeke? kena diet ni.. dah ada lemak katak ni)
24. Minta disayangi. (mestila...)
25. Mudah terluka hati tapi lambat pulih. (dah xde frust2 dah skg..dah kahwin..hehe..)



Rasanya hampir tepat lah ciri-ciri dari Dr. Fadzillah Kamsah ni... Korang yang lahir bulan 7, sama tak dengan aku? Rasanya hampir 90% mesti sama kann... Kalau tak sama pun takpe... Yang penting, kita kenal diri kita siapa.... Jumpa lagi~~