Wednesday, December 14, 2011

Kenali diri orang bulan 7

Hye guys...
Aku selamat daftar untuk sem baru ni... Semester ni dari bulan Disember sampai bulan April sebelum aku pergi praktikum.. Semester baru, semangat baru, classmates baru. Aku berazam nak semakin rajin lepas ni... Tak nak tangguh-tangguh kerja lagi....So, sempena minggu pertama, semestinya takde assignment lagi. Aku pun nak meng'update' blog ni yang memang jarang2 di'update'.

Entry kali ni, aku nak cerita pasal ciri-ciri orang bulan 7. Sudah semestinya aku yang lahir bulan 7 sangat berbangga dilahirkan dalam zodiak Cancer (ketam).. Jangan main-main, ketam boleh menyengat...
Aku pun memang suka kalau kawan-kawan yang lahir sama bulan dengan aku, mesti boleh 'ngam' punya laa...!!

Apa dia ciri-cirinya? Aku rasa semua ciri-ciri dia memang sangat sama dengan aku, baik positif atau yang negatif... Kenalah terima kuburukan sendiri kann...hehehe..

Aku senaraikan 25 ciri-ciri orang bulan Julai:
1. Sangat suka didamping. (wah, sudah semestinya...)
2. Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. (ada jugakla..hehe)
3. Ada harga dan maruah diri. (ni confirm2la ada!)
4. Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. (Memang aku..tepat!)
5. Mudah dipujuk dan bercakap lurus. (laki aku xpernah pujuk, pujuk diri sendiri je..)


6. Sangat menjaga hati orang lain. (tepat, padat!)
7. Sangat peramah. (ni confirm2.. tak pernahla org kata aku pendiam)
8. Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. (tepat, mudah sgt terluka)
9. Berjiwa sentimental. (memang...... cengeng!)
10. Jarang berdendam. (bukan jarang, xpernah dendam dgn sapa2 pun)


11. Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. (tak dendam, tapi takkan melupakan. betul, tepat!)
12. Tidak suka benda remeh-temeh. (laki aku ckp aku suka pk hal remeh-temeh)
13. Membimbing cara fizikal dan mental. (ye kot, sbb tu dapat jd cikgu)
14. Sangat peka, terlalu mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.(tepat 100%)
15. Sangat suka kanak-kanak. (tepat 100%)


16. Tinggi daya simpati. (tepat!)
17. Pemerhatian yang tajam. (bolelaa...)
18. Mudah dan rajin belajar. (org kate, aku rajin. dulu kecik2, rajin jugak. skg ada mls sikit)

19. Suka duduk di rumah. (suka jalan2 kot. hehe)
20. Rajin dalam membuat kerja. (dlm adik beradik aku yg plg rajin kot..hehe)


21. Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. (betul!)
22. Lemah dari segi kesihatan perut. (patutlaa...)
23. Mudah gemuk kalau tak kawal diet. (yeke? kena diet ni.. dah ada lemak katak ni)
24. Minta disayangi. (mestila...)
25. Mudah terluka hati tapi lambat pulih. (dah xde frust2 dah skg..dah kahwin..hehe..)



Rasanya hampir tepat lah ciri-ciri dari Dr. Fadzillah Kamsah ni... Korang yang lahir bulan 7, sama tak dengan aku? Rasanya hampir 90% mesti sama kann... Kalau tak sama pun takpe... Yang penting, kita kenal diri kita siapa.... Jumpa lagi~~

2 comments:

  1. aku pun zodiak ketam..boleh dipercayai atau pun hanya kebetulan semata2...yang pastinya banyak yang hampir tentang aku..terutama no 11 walaupun dah maafkan seseorang tak rasa marah atau benci tapi asyik teringat jer..huhuhu

    ReplyDelete
  2. aah memang. sama jugak dengan aku. tak dendam, tapi terkenang...hehe...

    ReplyDelete