Tuesday, June 19, 2012

Tekanan Perasaan

Di saat aku menaip entri ni, airmata mengalir.... Entahlah tak tahu nak mulakan macam mana...
Aku sangat penat praktikal kat sekolah ni... Bukannya aku tak pernah jadi cikgu, dulu 2 tahun jd GSTT pun tak pernah rasa stress tahap gaban + penat berganda-ganda macam aku rasa sekarang ni....

Aku sangat rindukan mak aku.... "Adik rindu mak.." Dulu penat, x nak makan pun mak suruh makan. Tapi hari ni, sampai rumah pukul 6.30 petang x lalu nak berhenti kat gerai, beli makanan. Badan sangat penat.... Petang tadi, ada acara padang kat sekolah. Aku jadi hakim yang x berapa hakim untuk merejam lembing.. Itupun kena marah dengan cikgu... 'Lain kali tengok betul2 eh faizin batal ke tak.. Saya tak tahu, awak yang jadi hakim...' Itulah kata-kata cikgu senior.. Takpe yang tu aku xmarah pun... Memang tak pandai pun... Belajar dari pengalaman kan..


Cerita hari ni, kena buat buku 'headcount'.. Ntah aku pun xpaham prosedur sekarang. Dulu report card letak markah je, skg panggil 'headcount'. Ada TOV, ETR, OTR, AR... Korang yang baca mesti pening. Plus kitorg yang baru ni pun lagilah pening. Kena buat graph untuk setiap student. Mentor aku suruh student yang isi markah mereka. Dah terangkan baik-baik pun student xpaham, macam mana kalau ada 38 kepala dalam 1 kelas. Macam-macam, penat melayan perangai diorang... 'cikgu2.. ni apa cikgu...' 'cikgu2 saya tak tahulah, cikgu buatkan laaa..'


Ditambah plak, hari ni dapat tahu ada program Hari Kokurikukum pada 14 Julai, means tak boleh balik sampai tarikh tu... Stressnyaaaaa............. Dah tak tahu nak cakap apa dah!!! Lagi satu nak mengumpat ni, kitorang ni student praktikal duduk merempat. Takde tempat tetap... Tumpang meja sana sini.. Biasa dah tengahari tu, sebelum cikgu petang datang kitorang gi library... Adalah sorang cikgu ni, memang suka bagi kerja... Hari tu dah bagi kerja.. Hari ni kawan aku yang kena dengan dia, suruh bahagi2 kan kerja pada kitorg berempat.... Lepas tu dan2 nak esok jugak. Mana sempat nak buat...


Yang geramnya, bukannya kitorang berempat je student praktikal kat sekolah tu... Ada student dari UNITAR baru datang seminggu, dengan student sebelah petang. Tak pernah pun nampak batang hidung diorang mana2 program... Mana aci....


Macam ni ke perasaan jadi cikgu praktikum kat sekolah?????


Hari ni 19 Jun..... Lagi 4 bulan nak tamatkan riwayat dan hari terakhir kat sekolah ni..... 
19 Oktober 2012 akan datang memberi sinar kegembiraan buat kami berempat!!! Amin.....


Kepala sangat pening, berdiri panas terik kat padang sekolah tadi...... Cikgu2 lain duduk di bawah payung nan besar dan berwarna warni.....


(mood: sangat penat+stress!) 

Monday, June 18, 2012

Luahan Hati

Selamat malam....

Blog yang dibiarkan bersawang tanpa cerita... Sebenarnya banyak nak update, tapi memang malas & sangat2 busy dengan kerja sekolah...  Sebelum terlupa, aku bukannya praktikal di SMK (P) Raja Zarina tapi di SMK Telok Gadong, Klang.... Hampir sebulan di sekolah tu, banyak cerita dan pengalaman yang aku dapat tentang pelajar-pelajar zaman sekarang ni.... Sangat-sangat mencabar!!

Tapi alhamdulilah sangat kelas yang aku pegang, 4 Utama, 4 Damai dan 5 Gigih masih boleh dikawal lagi. Walaupun aku pernah menjerit di kelas 4 Damai yang sukar dikawal, kaki ponteng, pelajar tido dalam kelas, tapi syukur sedikit demi sedikit masalah kelas tu aku dapat atasi.... Aku pun ada bagi 'hadiah' jugak kat budak2 ni. Sapa baik, sapa dapat jawab soalan, sapa buat kerja kemas aku bagi gula2... Lepas tu, nampak aku je.. 'cikgu, nak gula2...' Amboi banyak lemak budak-budak ni... Takpelah yang penting diorang hormat dan dengar kata aku sudahlah.... Banyak lagi cerita pasal budak-budak ni. Tapi nanti-nantilah ye.....

First time mulakan P&P secara formal minggu lepas, diorang boleh terima cara aku.. Lagi2 kelas Damai tu... Yang pelajar lelaki aku cakap sekali je suruh penuhkan depan, terus diaorang bangun. Kalau tak, puas buat muka garang, barulah nak bangun... Harap2 lah diorang kekal dengan prestasi sampailah aku di'observe'... Amin sangat2.... dan harap aku punyai kekuatan & semangat jugak.... hehe...

Sebenarnya aku praktikal 6 bulan di sekolah, aku rasakan SANGAT PENAT.... Sapa kata jadi cikgu tak penat haa?? Sabtu lepas kitorang terlibat dengan pertandingan kawad kaki peringkat daerah. Sabtu ni terlibat dengan LADAP. Awal bulan 7 ada Program Kemasyarakatan. Semuanya hari sabtu...  So, kitorang dapat berehat cuma hari Ahad je. Tambahan lagi, bermula hari ni pulak, setiap petang ada acara padang. Aku jadi hakim merejam lembing. Sebab lagi 2 minggu hari sukan sekolah. Ntahlaa... bukan nak merungut, dulu masa aku gstt macam ni jugak. Tapi aku tak rasa stress yang macam ni. Dahlah jauh dengan suami....... Sangat memberi tekanan!!!! Kenapalah tak bagi kitorang praktikal kat negeri sendiri. Duduk rumah sendiri. Dahlah batch kitarong yg 1st time praktikal 6 bulan camni. Yang tak bestnya, UPSI yang sama batch pun 4 bulan dan praktikal kat tempat sendiri.... Adil tak???


Kesimpulannya, tak tahulah bila boleh balik JB sebab setiap minggu ada program.. Walaupun en. husband boleh datang, tapi aku nak ketenangan di rumah. Aku tak nak duduk sini!!!! Hai mulalah nak menitis air mata faizin ni....... Tension wooo.... Tapi sampai sekolah je kena bersemangat, kalau tak student aku yang tak bersemangat tu, lagi lah takde semangat!!


Ditambah pulak, lepas mandi petang tadi, air takde. Ambil wuduk pun dengan air mineral... Tak tahulah esok ada ke tak. Alamatnya tak mandi lah pergi sekolah esok... Oklah, nak study sikit. Esok ada 1 masa kat kelas 5 Gigih. Minggu lepas ada bagi diorang kerja buat peta minda.... hehehe... Yang penting, jadi cikgu kena seronok.... Yang aku tak seronok kena berjauhan dengan suami!!!!! Harap2lah dapat posting Johor a.k.a Johor Bahru tanah tumpah daerah ku yang amat ku cintai................ 


Sekian, luahan cikgu praktikum.....

"Bersusah susah dahulu, bersenang-senang kemudian"