Tuesday, June 19, 2012

Tekanan Perasaan

Di saat aku menaip entri ni, airmata mengalir.... Entahlah tak tahu nak mulakan macam mana...
Aku sangat penat praktikal kat sekolah ni... Bukannya aku tak pernah jadi cikgu, dulu 2 tahun jd GSTT pun tak pernah rasa stress tahap gaban + penat berganda-ganda macam aku rasa sekarang ni....

Aku sangat rindukan mak aku.... "Adik rindu mak.." Dulu penat, x nak makan pun mak suruh makan. Tapi hari ni, sampai rumah pukul 6.30 petang x lalu nak berhenti kat gerai, beli makanan. Badan sangat penat.... Petang tadi, ada acara padang kat sekolah. Aku jadi hakim yang x berapa hakim untuk merejam lembing.. Itupun kena marah dengan cikgu... 'Lain kali tengok betul2 eh faizin batal ke tak.. Saya tak tahu, awak yang jadi hakim...' Itulah kata-kata cikgu senior.. Takpe yang tu aku xmarah pun... Memang tak pandai pun... Belajar dari pengalaman kan..


Cerita hari ni, kena buat buku 'headcount'.. Ntah aku pun xpaham prosedur sekarang. Dulu report card letak markah je, skg panggil 'headcount'. Ada TOV, ETR, OTR, AR... Korang yang baca mesti pening. Plus kitorg yang baru ni pun lagilah pening. Kena buat graph untuk setiap student. Mentor aku suruh student yang isi markah mereka. Dah terangkan baik-baik pun student xpaham, macam mana kalau ada 38 kepala dalam 1 kelas. Macam-macam, penat melayan perangai diorang... 'cikgu2.. ni apa cikgu...' 'cikgu2 saya tak tahulah, cikgu buatkan laaa..'


Ditambah plak, hari ni dapat tahu ada program Hari Kokurikukum pada 14 Julai, means tak boleh balik sampai tarikh tu... Stressnyaaaaa............. Dah tak tahu nak cakap apa dah!!! Lagi satu nak mengumpat ni, kitorang ni student praktikal duduk merempat. Takde tempat tetap... Tumpang meja sana sini.. Biasa dah tengahari tu, sebelum cikgu petang datang kitorang gi library... Adalah sorang cikgu ni, memang suka bagi kerja... Hari tu dah bagi kerja.. Hari ni kawan aku yang kena dengan dia, suruh bahagi2 kan kerja pada kitorg berempat.... Lepas tu dan2 nak esok jugak. Mana sempat nak buat...


Yang geramnya, bukannya kitorang berempat je student praktikal kat sekolah tu... Ada student dari UNITAR baru datang seminggu, dengan student sebelah petang. Tak pernah pun nampak batang hidung diorang mana2 program... Mana aci....


Macam ni ke perasaan jadi cikgu praktikum kat sekolah?????


Hari ni 19 Jun..... Lagi 4 bulan nak tamatkan riwayat dan hari terakhir kat sekolah ni..... 
19 Oktober 2012 akan datang memberi sinar kegembiraan buat kami berempat!!! Amin.....


Kepala sangat pening, berdiri panas terik kat padang sekolah tadi...... Cikgu2 lain duduk di bawah payung nan besar dan berwarna warni.....


(mood: sangat penat+stress!) 

2 comments:

  1. patutlah kerja cikgu sangat dipandang mulia..lebih susah dari apa yg dilihat.. sabar faizin cikgu junior mmg jadi sasaran..tunggu dah jadi senior esok..hehe

    ReplyDelete
  2. tulah yana, memang stress kat sekolah ni... student dah boleh kawal, problem dengan segelintir cikgu yang suka mengarah itu ini buat kerja dia...

    ReplyDelete