Thursday, March 28, 2013

Interview SPP

Hari ni aku nak update pasal interview dengan SPP semalam. Rasa lega bila dah selesai ditemuduga... Tak tahu nak gambarkan perasaan ni. Hampir sebulan jugaklah aku dok study, google sana sini nak buat preparation menghadapi temuduga ni...

En Jawa minta cuti semalam. Memang dia dah cakap nanti bila dapat iv abg cuti. Aku xsuruh pun dia cuti. Dia yang ckp sendiri... Bgs kan suami aku! Seawal pukul 6 am aku dah bangun. Siap2 setengah jam, aku sempat makan ubat dulu sebelum bertolak. Tapi... Pagi semalam boleh pulak aku muntah. Nasib ubat dah ditelan dulu. Kandungan 5 bulan ni 2x aku muntah. Sebenarnya muntah air je. Aku dah dapat kesan aku tak boleh minum air masak kosong yang bukan suam. Kalau minum air suam takde pun aku muntah2 ni. Pagi tu aku malas nak jerang air, takut lambat so minum jelah air masak yang ada.

Sampai IPGM Temenggong Ibrahim sebelum 7.30 pagi. Nasib sempat. Tu pun dah ramai bakal2 cikgu yang dah datang awal. Lepas urusetia cek dokumen semua, nama aku dan fara ditempatkan dalam 1 bilik untuk iv yang pertama. Dalam bilik temuduga aku berenam termasuk cikgu upsi dan  3 orang cikgu dari ismp. Sepatutnya penemuduga ada 2 orang tapi hanya sorang penemuduga je berpangkat Tan Sri.

Dalam bilik sangat nervous. Macam dah lupa apa yang dibaca. Masa Tan Sri bagi introduction, aku sempat baca Al-aziz al-jabbar al-mutakabbir pastu hembus perlahan2... Hehe. Ayat ni memang aku amalkan dari dulu lagi, iaitu tips dari Dr Fadilah Kamsah.

Masa dia suruh perkenalkan diri, dia minta sorang volunteer. So aku la angkat tangan dulu sebab nak hilangkan nervous. Tan sri cakap, orang yg 1st saya bagi markah lebih sebab kalau kita jadi student pun, student kita tak suka jadi yang pertama... Dalam hati aku, yeaaaahhh!!! Temuduga lebih pada sharing session. Sangat santai dan sangat senang!! Langsung takde ditanya pasal fakta atau dasar KPM. Antara soalan yang ditanya, bagaimana nak jadikan P&P yang berkesan. So dia minta kita tunjuk cara mengajar. Aku orang 1st lagi... Ntah apa2 jugaklah yang aku cakap. Soalan lain ialah apa ciri-ciri guru cemerlang. Tan sri lebih banyak bercakap dan beri nasihat. Di akhir temuduga tan sri cakap posting dalam bulan 5 nanti. Dia pun cakap dia berpuas hati dengan apa yang kami sampaikan. Dia kata takdelah teruk sangat...hehe.. Syukur....

Friday, March 15, 2013

5 bulan

Salam Jumaat....

Ni first entry untuk tahun 2013... Dekat 5 bulan menjadi suri rumah... Tapi still malas nak update blog... Xpela kan.. Aku je yang nak baca....

Perkembangan baby? Alhamdulilah dah masuk 5 bulan baby dalam perut ni.. Masuk 4 bulan aku dah takde muntah2, loya.. Dah boleh start masak dan aktif berjalan. Tapi pinggang dan pinggul belah kiri aku still sakit lagi.. Berat aku sekarang pun dah cecah 58.5 kg. Sebelum pregnant berat aku 55 kg. Aku dah semakin rasa baby gerak-gerak. Kadang2 aku sengih sorang bila rasa baby gerak. Geli pun ada.. Hehe.. En Jawe kata baby 'ganas'. Macam dia la agaknya tu. Aku cakap bukan ganas tapi aktif.. Masa 14 minggu aku dah mula rasa baby gerak, tapi sekarang baru semakin aktif. Bila aku dengar lagu nasyid, zikir munajat atau bacaan Quran makin aktif dia bergerak dalam perut ni.... Moga jadi anak soleh ye.....

Pemakanan? Dari awal sampai sekarang aku pregnant aku suka makan yang manis. Tapi yang paling ketara aku suka makan sayur dengan ikan. Masa awal dulu bila minum air masak mesti nak muntah, tapi sekarang aku dah boleh minum air masak. Jauhkanlah aku dari sakit kencing manis masa pregnant ni. Aku jugak takde nak mengidam yang bukan-bukan. Kalau aku nak mesti en Jawe akan tunaikan. Tu pun dia pening. Selagi tak dapat, aku akan minta je nak makan tu ini. Makanan yang aku nak dan tak pernah hampa contohnya mee bandung muar, cendol, ice jelly, air bandung soda... Aku pun suka makan yang bersup2.. Masak sayur pun mesti nak yang berkuah, yang kering tak lalu nak makan. Nampak macam cerewet tapi takdelah sangat kannn... Masa awal dulu aku minum susu anmum, bila dah habis aku minum ESP shaklee dengan susu full cream dutch lady atau susu HL. Kalau buah aku suka makan tembikai dengan jambu batu. Dulu makan nak hilang loya tapi skg mesti nak ada dalam peti ais. Pegi jusco pun wajib beli buah. Aku pun makan buah delima jugak.. Sampaikan tak bagi en Jawe kongi makan dgn aku...

Bila nak kerja? 27 Mac ni aku akan temuduga SPP kat IPGM Temenggong Ibrahim untuk pengesahan guru. In Shaa Allah kalau takde aral mungkin bulan 5 ni aku akan posting. Moga interview nanti dipermudahkan segalanya. Sekarang pun aku dah study apa yang patut. Kebanyakan member yang dah lepas ditanya soalan dasar KPM, isu pendidikan, isu semasa... Janganlah aku nervous nanti... Aku berharap sangat dapat posting kat Johor dan lebih tepat lagi Johor Bahru...

Rezeki baru? Semalam JMC dah selamat dijual. Genap 3 tahun dia berkhidmat dgn kitorang. Menangis jugak aku. Tapi dah tiba masanya kereta tu dijual. Kesian dengan en Jawe kerja penat2, keluar outstation ke sana ke mari pakai kereta manual. Semalam secara rasminya, JPE 2004 dah menjadi milik kami... Rezeki baby.... Lama jugak kitorang buat kira-kira tau. Semuanya diambil kira. Takpelah lepas ni aku dah kerja kurang sikit beban en Jawe. Lepas ni takdelah dia bad mood ulang alik Kluang tu... Syukur dengan rezeki ni...

Oklah, sampai di sini jelah dulu ye. Sambung nanti tu pun kalau rajin.. Hehe.. Doakan moga ibu dan baby selamat ye..  Amiinnnn...

Wednesday, December 26, 2012

Bila tiba masanya, Allah akan bagi juga...

Alhamdulillah.... Dengan izin-Nya aku hamil 8 minggu.....

Walaupun masih terlalu awal, tetapi aku nak sesuatu yang akan aku ingati bila baca blog ni nanti... Buat masa ni hanya keluarga dan kawan2 yang terdekat yang tahu berita gembira ni... Rasa syukur sangat walaupun pada mulanya masih tak percaya...

Lepas balik dari LPPKN td, baru aku bertambah yakin yang aku pregnant selepas doc buat scan dan janin aku dah ada jantung... Bentuk janin dah nampak td walaupun kecil.. Syukur sangat. Walaupun masa first time dapat tahu waktu tu dah 5 minggu, macam-macam yang aku pikir.. Lepas solat mesti aku berdoa semoga Tuhan kuatkan rahim, ada janin dalam kantung dan janin aku akan membesar dengan sihat dan sempurna....

Sampaikan en suami pernah tanya, masa bila eh? Hehe.. Aku pun takde jawapan sebab aku memang tak terpikir langsung bulan ni sebab kami baru nak start buat treatment kat LPPKN. Belum makan ubat atau apa2 pun. Baru jumpa doktor untuk tahu keputusan darah. Maybe dapat aura dari doktor agaknya....

Semoga baby ini membesar, sihat dan sempurna dalam kandunganku hingga 9 bulan nanti. Amin....

Monday, December 17, 2012

Bau limau

Sekarang ni hanya BAU LIMAU yang paling nikmat dalam hidup aku sekarang...

Semua bau tak boleh... especially bau makanan yang digoreng...

Sekian.

Sunday, November 11, 2012

"Kami tak PJJ lagi"

Alhamdulilah....

Hampir sebulan duduk kat rumah... Akhirnya selepas setahun setengah aku sambung belajar, tamat juga akhirnya.... Syukur sangat2.. Apa taknya, inai masih merah di jari, baru 4 bulan kahwin kami dah duduk jauh... Aku takde masalah sangat. Masih ada kawan2 kat Shah Alam... Tapi en suami.... Pergi kerja, balik kerja..terus tidur... Bila ingat-ingat balik masa kami jauh, sedih pulak.....

Hari ni, hari Ahad.. Selalunya setiap Ahad en suami akan hantar aku balik KL atau aku naik bas sendiri.. Tapi lepas ni tak lagi... Duduk rumah, jaga makan pakai en suami je. Ini lah masa yang aku tunggu-tunggu... Walaupun aku bukannya pandai masak, (baru skg nak menyesal..) tapi semenjak kahwin aku rajin jugak ke dapur... Hari ni pun aku masak simple2 je... Baru tadi en suami cakap, 'sedap sayang masak, gemokklah abang lepas ni..'Hai bang... bukan dah gemok ke...hehe..

Aku berdoa sangat semoga aku dapat posting kat JOHOR... JOHOR ok.... Tak sangguplah nak jauh2 lagi.... Kalau ditakdirkan kami berjauhan lagi, den tak dapek lah nak nolong.....
Aku tak kisah bila nak posting pun. Kawan2 aku kat FB semua dah cakap2 pasal posting... Bagi aku, aku nak rest dulu. Nak bagi keutamaan dan masa untuk kami berdua. Walaupun nak dekat 2 tahun kahwin, baru sekarang aku rasa hidup berdua.... Semoga murah rezeki kami berdua untuk hidup BERTIGA pulaaa... AMIN....

En suami dah jeling-jeling je, bininya sibuk menaip kat pc... Nak suh buat teh o lah tu malam2 ni... Oklah, daaaa.... Banyak cerita lagi, nantilah kita sambung lagi.... Chopp! tepek jap gambar bercuti di Sabah..


Friday, September 21, 2012

Pati Delima Gulsan

Baru berkesempatan nak update blog.... Sibuk sangat kat sekolah sebab menanda paper Percubaan SPM baru-baru ini... Budak Tingkatan 4 pun nak kena habiskan silibus.. Al-maklumlah aku dah nak habis praktikal bulan depan.... Bak kata aku dekat student '4x Jumaat je cikgu nak jumpa awak..'hehe..

Kali ni aku nak cerita pasal PATI DELIMA GULSAN.. Pernah dengar tak? haa... Tak tahu kan.. Nak cerita lah ni...
Sebenarnya masalahnya datang dari cik p aku yang selalu je lambat datang sejak dari awal tahun hari tu... (sebenarnya sejak kahwin dah ting tong!) Kalau normal 30-35 hari je, sekarang pernah cecah 48 hari.  Jadi, aku rajinlah search2 kat google sampailah terjumpa dekat ruangan Ratuhati pasal pati delima ni. Banyak sangat khasiatnya... Dah lama aku tahu pasal pati ni, tapi tak berkesempatan nak beli. Tapi masa bulan 7 hari tu, aku cakap jugak dengan husband aku yang aku nak cari pati delima kat Shah Alam. Cari punya cari akhirnya aku jumpa dekat PKNS Shah Alam. Sebotol dapat RM 15. Murah kan... Ada jugak yang jual online, tapi pernah cecah sampai RM 45, mahal gilerr..... Aku beli 2 botol masa tu. Aku suruh laki aku minum jugak.

Aku start minum bulan 7 sampai sekarang dah 2 botol aku minum. Sebenarnya tujuan utama aku consume pati ni nak normalkan balik period aku yang ting tong. Sebab salah satu khasiat pati ni adalah
menstabilkan hormon. Period kan ada kaitan dengan hormon kan...

Masa aku minum, cycle bulan tu 36 hari. Lepas je minum masa puasa, next month jadi 32 hari. Maunya aku tak happy... So, bulan ni aku harap ia berkekalan. Tepat sekali jangkaan aku di cycle 31 cik p dah datang bulan ni. Alhamdulilah, kitaran aku dah kembali sedia kala.....

Memang happy dan berharap lepas cik p aku normal, dan lepas ni aku adalah suri rumah sepenuh masa sebelum menunggu posting, bolehlah aku 'memproses' buat anak. hehehe..

Tahun depan bulan 3 usia perkahwinan kami dah 2 tahun. Aku tak kisah kalau ramai yang bertanya, sikit pun tak berkecil hati. Setiap orang dikurniakan rezeki masing-masing. Mungkin rezeki aku untuk menimang cahaya mata agak lambat, tapi Tuhan beri rezeki aku mendapat suami yang baik dan hidup aku sekarang bahagia.. Cuma rezeki yang satu ni je lambat. Aku pun tak nak tamak. Dulu aku berdoa aku nak jadi cikgu tetap, Tuhan dah makbulkan doa tu. Aku akan terus berdoa untuk mendapat zuriat waris cinta aku dan suami.

Aku juga dah mem'promote' dekat housemate dan family aku pasal pati ni. Diorang pun sekarang dah cuba minum. Selain cik p aku kembali normal, daya tahan aku semakin kuat. Kalau sebelum ni aku mudah sangat demam, tapi Alhamdulilah sejak puasa aku tak mengalami demam, selesema dsb. Pati ni juga melawaskan proses penghadaman. Senang je nak membuang.... hehehe...

Ok, tu je nak kongsi pasal pati delima ni. Malam ni nak beli barang sebab Ahad ni kitorang buat rumah terbuka bersama student..... Gempak tak??

Monday, August 27, 2012

Salam Eid Fitri 2012

Belum terlambat nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI minal aidil WALFAIZIN kepada semua.....
Hari ni dah start sekolah setelah seminggu lebih bercuti... Dalam hati memang takde hati dah kat Klang ni...hehehe.. member2 dah start counting kami tinggal 52 hari lagi nak teruskan praktikal ni.... aduhai, lama tu..... Bab tu nanti lah cite2.. Sekarang ni masih mood raya lagi...

Tahun ni giliran rumah aku pulak beraya tahun ni... Happy.... Walaupun raya kat JB tak semeriah kat kampung Serom tu, aku peduli apa.. hehehe...Nak jugak beraya rumah sendiri.... En Jawe yang sibuk tanya2, lepas sembahyang buat apa.. lepas salam2 dah boleh tukar baju tak... adoi.. lemah betul nak menjawab pertanyaan dia... Dalam hati, baru ko tahu perasaan aku tahun lepas macam mana kan raya rumah dia...hehehe...

Tahun ni baju raya kitorg pilih warna biru dan oren... Disebabkan baju melayu En Jawe sebelum2 ni asyik beli 'readymade' je, lepas tu dah x muat pakai, tahun ni decide beli kain dan tempah... raya kat JB pakai baju biru, kat Muar pakai oren...

Baju raya biru yang aku pakai ni, sebenarnya baju raya tahun lepas... Tak sempat2 pakai... Walaupun tanah hijau, ada bunga biru pulak... Cakap dgn en Jawe takpelah bang, baju kita cari yang oren je.. Yang biru pakai baju ni je, tinggal cari tudung... Bolehla lah kan... Jimat, sedondon jugak... hehehe...

Aktiviti bermaaf-maafan (mood:sedih...)

Ampun bang.. memang banyak dosa dengan abang...(sob..sob...)

Pagi 1 Syawal... Angah je takde raya rumah mertua



Si mok yang dah kurus... hehe (ampun bang...)

Beraya rumah aku pulak....

kenapalah si jawe tu pakai spek hitam ni.....

~Kami di 1 syawal~

Bergambar di rumah sendiri pulak..... (nampak kitorg macam skema kan bergambar..)

:: sedondon oren+hijau ::


Kalau free lagi, nak update pasal rumah pulak nanti..... heheheh... Sayonara......