Saturday, April 14, 2012

Hanya tinggal seminggu.....

Hanya tinggal seminggu lagi untuk aku habiskan pengajian di UiTM.... wah sekejap je kan... Lepas tu aku akan cuti 2 minggu sebelum back to school semula....yeaaa....

Start 7 Mei, aku akan mula berpraktikum di SMK (P) Raja Zarina Klang, Selangor.
Macam mana rasanya mengajar di sekolah menengah. AKu takde pengalaman, setakat sek rendah ajar murid pendidikan khas boleh lah. Tapi sebab minat aku nak jadi pendidik, InshaAllah aku akan cuba 'be a great teacher'.... ewahhh...

Tapi, walaupun seminggu lagi, assignment yang nak kena submit macam setahun punya. Reflective journal, research write-up, take home test, movie review, seminar report semuanya aku belum siap lagi..... Takpe sikit-sikit lama-lama boleh jadi bukit.... Kena siapkan jugak sebelum Jumaat.. Ohh lupa, minggu depan ni pun ada 2 test lagi... Adoii!!! Memang pengsan la macam ni... nak kata aku buat last minit, tak jugak. Sebab semuanya banyak assignment tambahan.

Habis macam mana nak siap, sambil buat2 assignment sambil dok google rumah sewa area port klang. Aku x jumpa lagi. Member2 semua dah post kat fb dapat rumah sewa. Tercabar aku dek non.. Tulaa, banyak benda nak kena pikir ni. Barang2 dah nak kena angkut kat kolej lagi... Adoii mak.... korang stress tak?? Aku ni selagi tak settle, memang akan sentiasa pikir..pikir... Nak tido pun akan pikir......

Oklah, nak sambung buat reflection Dr Shidah, hari Isnin nak kena submit. Tadaaa.....