Sunday, August 8, 2010

6 years ago~

Hari ini, 8 Ogos 2010...
6 tahun yang lepas, tarikh ni, first time dating dengan en jawa...wah, time tulah pertama kali keluar berdua-dua...Perasaan masa tu, berdebar-debar. dag..dig..dug... Hanya Tuhan yang tahu.
First time tengok muka dia, masa bulan 5 2004 itupun masing-masing bawa geng. yelah, nak selamat kan...lagipun kitorang kenal dalam mesej. Tu pun en jawa dapat no fon aku dari member die merangkap member teknik aku jugak...Thanks to Bob.

Kat mana ek kitorang first dating, kat TG. MAS, Muar. Aku n en jawa kebetulan pakai baju sama. Warna merah! Wah... macam lagu Stings 'kenangan yang lama menjelma.......'. Aku yang banyak cakap time tu, en jawa ala ala malu-malu kucing gitu. Menyampah.
Dulu en jawa kurus, ensem ala ala Fahrin Ahmad gitu. Tak macam sekarang... Dah gelap n bulat semacam..hahaha...

Tapi time ni kitorang belum declare couple pun. Ntah bila declare aku pun tak tahu. Yang penting, skang ni dialah tempat aku meluahkan perasaan, tempat aku nak cari pasal, tempat nak merajuk dll. Dialah kawan, musuh, abang dan segala-galanya bagi aku.

Tak sangka dari mesej, pastu jumpa, bercinta dan dah jadi tunang aku skg... Bab gaduh tu, jangan cakaplah. yelah 'Cinta Jarak Jauh' katakan. Aku kat Johor, en jawa kat Penang. 2, 3 bulan baru jumpa. Cuba skg ni suruh 1 bulan tak dapat jumpa pun, tak hingin aku..hehe..

Tengah update blog ni, tibe-tibe en jawa tepon. Macam tahu-tahu je die aku ngumpat pasal die.
Semoga hubungan aku n en jawa bahagia hingga jinjang pelamin n selama-lamanya. AMIIN.....

No comments:

Post a Comment