Friday, September 23, 2011

Home Sweet Home

Salam Jumaat....
Hari ni aku ada mood sikit nak menaip kat blog.. maybe otak tengah free, assignment dah banyak yang dah submit.. Minggu ni balik rumah dok goyang kaki jelaa..
Aku nak bercerita sikit perihal rumah kitorg. Alhamdulillah, aku dan en. Jawe dah ada rumah sendiri... Sebenarnya aku plan nak dok rumah sewa je sebelum beli rumah, tapi en Jawe beria2 nak beli rumah jugak. Rumah kat JB ni memang mahal kalau nak tahu.
Survey punya survey, dapatlah aku rumah ni, dalam 5 minit je dari rumah mak aku.
Bestkan.. aku memang tak boleh jauh2 dgn mak aku.. Anak mak..
En Jawe pun sangat memahami.. kalau die outstation, die kate bolelah mak tengok2kan aku.. Taklah aku sunyi..
Rumah ni kitorang beli sebelum kahwin lagi. Memang dahsyat time tu, nak kumpul duit nak kahwin, nak bayar rumah, nak bayar lawyer... Memang sakit time tu.....
Alhamdulillah, kitorang dapat menghadapinya....
Sekarang ni, dah dekat 6 bulan dok rumah ni.. Dari rumah ni kosong, sikit2 kitorang beli perabot rumah... Bergaduh jugak dengan En Jawe nak pilih cat, perabot. Masing-masing nak ikut selera masing2. Tapi rasanya aku lagi pakar menghias... Al maklumlah peminat Eric Leong..hehe..


  Living hall kami. Rumah kecik je

Cantik tak? Aku memang minat interior Eric leong.. So, banyaklah idea+inspirasi aku untuk mendekor rumah dari mamat botak tu... Plus, aku pun memang minat dengan barang2 Ikea. Kakak aku la yang mengajar ni... Setakat ni, baru 2 kali aku pegi shopping kat sana. En Jawe tak suka, dia kata aku ni fanatik sgt dengan Ikea... Tak abis2..ikea2.. Tapi die layan jugak....


Sofa tu En Jawe pilih. Tengok badanlaa

Dining hall. Nak upgrade lagi. Nampak kosong kan?

1 comment:

  1. faizin simple n nice..seronoknya dah ada rumah sendirikan bebas nak deko ikut citarasa =)

    ReplyDelete