Tuesday, July 24, 2012

Amalan untuk TTC

Salam Ramadhan.....

Hari ni hari ke-4 umat Islam berpuasa.... so, aku baru nak mula berpuasa esok.... Alhamdulillah.....
Dan esok mentor aku nak 'observe' (bahasa kat sekolah, mencerap). Baru siap print segala bagai... Ada masa ni nak update blog laaa... hehe...

Sebenarnya aku nak kongsikan pengalaman aku untuk ber'TTC. Maklumlah, bulan ni dah 1 tahun 4 bulan aku kahwin... Aku tak kisah kalau orang tanya, 'belum ada isi ke?' Sikit pun aku tak terasa, aku akan cakap 'doakan la ye...'. Aku dan en jawe masih lagi tinggal berjauhan, belum rasa nikmat tinggal berdua... Bila ingat-ingat balik macam mana tahun lepas kitorang berpuasa, aku pun lupa. Tak ingat langsung. Sebabnya masa aku banyak di Shah Alam. Memang belum ada rezeki kami berdua untuk waktu sekarang ni. dan..... aku akan gunakan masa yang ada sebelum ada anak ni, untuk merasai kenikmatan hidup berdua-dua dulu. Mungkin belum rezeki kami lebih-lebih lagi waktu sekarang ni, en jawe yang kerap outstation, dan aku yang masih praktikal lagi..... Tapi bukannya aku belum bersedia..... Rasa dah bersedia untuk ada anak, tapi mungkin Allah yang lebih Maha Mengetahui. . . 


Sebenarnya banyak perkara dan usaha yang aku amalkan untuk berTTC. Sampaikan roomate aku cakap 'ko ni faizin, banyak benda yang ko tahu kann.'hehe..  Nanti aku kongsikan apa yang kami berdua amalkan. En jawe tak banyak masalah, dia akan ikut apa yang aku cakap. Terima kasih abang... 
Sebab member aku pernah cakap, suami dia sampai cakap 'itu tak boleh, ini tak boleh. Kalau Allah nak bagi, bagi jugak! Tak payah pantang2' Bagi aku, setiap orang lain-lain. Ikutlah cara masing-masing. Pada aku, selagi boleh, kita jangan berputus asa, USAHA dan bersangka baik pada Allah. Akan ada rezeki untuk kita...


So, tadi google2 kejap dan terjumpa blog dari Ustazah Siti Bahiyah.... Aku nak kongsikan kat sini untuk sesiapa yang tengah usaha untuk dapatkan zuriat.....

Amalan pertama
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan kedua
-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.


Semoga beroleh manfaat dan dimudahkan perolehi zuriat.... Amin...


p/s: Aku mengharapkan 'miracle' di bulan Ramadhan ini.......



No comments:

Post a Comment