Wednesday, February 23, 2011

Interview Nikah

Good morning dan Salam 1 Malaysia..
Semalam aku n En. Jawe submit borang nikah kat Pejabat Agama Islam Johor Bahru.. Rasa dah terlambat nak submit, sebab menunggu En . Jawe yg bz memanjang dengan kerjanya.. uhh, tu pun selepas bergaduh dengan dia suh minta cuti cepat2.. Yela, setel cepatkan bagus...

Yang paling menakutkan kami adalah masa INTERVIEW nanti. Oh, nervesnya... Apela yang akan ditanya nanti. Kalau tak dapat jawab, malunya.. kui..kui.. Ada orang penah cakap kat aku, kalau pasangan sama2 orang Johor, interview agak mencabar, sebabnya kami ni sekolah agama.. Iye ke?? Kebetulan aku n En. Jawe memang sekolah agama pun sampai Darjah Khas dan dapat pangkat 1.. (oh, berlagaknya!)
Sebab tak nak malu dikatakan anak Johor takde ilmu agama, aku pun study cikit2 dalam buku yang diberi masa kursus kahwin hari tu. Biasa soalan yang ditanya, rukun nikah, doa qunut, tanggungjawab suami isteri dll. Kalau soalan tu yang keluar, bolehlah aku nak jawab. Hehe..

Dalam perjalanan, aku cuba berselawat apa yang patut, sebab nak tenangkan diri. Tapi, En. Jawe yang nampak muka takut n nerves. Dia kate, kalau interview sorang2, tak dapat jawab takpe. Tapi ni ada aku. Malu besar beb! Aku kata, kalau aku tak dapat jawab, dia kena tolong, begitulah sebaliknya. Sampai je sana dalam pukul 9 pagi, aku terus letak borang, tunggu nama dipanggil. Pada fikiran aku, lepas semakan borang, kita akan dipanggil masuk bilik utk interview. Bila time aku kena semakan borang, first orang tu tanya,'Sekolah agama tak? Sampai darjah khas?' Aku pun angguk. En Jawe pun ditanya benda yang sama dan ada penambahan 'Awak pandai baca doa Qunut?' Dia pun cakapla, pandai. Tapi, tak suruh pun baca. Ustaz tu cakap, kadang2 ada orang lelaki datang nak submit borang nikah siap pakai rantai, gelang. Ktorang senyum je. Tak sampai 10 minit lepas tu, ustaz tu bagi set borang dan kena pas kat jurunikah nanti. Itu jelah, setel!! Senang kan ...

Yang kitorang kelakar time menunggu proses tu, ada satu couple tu, kena soalan yang susah2 dari ustaz yang lain.. Si laki tu, siap keluarkan jari nak mengira, agaknya rukun nikah kot. En Jawe kate, maybe rukun sembahyang sebab die mengira sampai 10 jari. Aku dengar, ustaz tu tanya apa beza nafkah zahir dan batin? Kalau berhadas besar, apa perkara yang tak boleh dilakukan. Tapi macam ustaz tu tanya, dia yang jawab sendiri. Hehe.. Kesiannya tengok couple tu....

No comments:

Post a Comment