Saturday, December 17, 2011

Kereta Idaman

Nak beli kereta apa ek? Belum jadik cikgu lagi dah berangan-angan nak beli kereta. Aku memang suka berangan pun.... Takpe, berangan tu kan penting... 
Dulu, masa gstt aku pakai kereta family aku. So, jimat sikit. Dapatlah simpan duit untuk kahwin masa tu. Sekarang ni, laki aku pakai Myvi. So, nanti aku dah kerja mesti kitorg kena ada second car. 
Aku tak tahulah nak beli kereta apa. Tapi laki aku minat sangat kereta ni......


Laki aku peminat setia honda... Sikit-sikit honda2. Dulu masa beli myvi, time tu kitorg baru nak tunang. Banyak nak pakai duit, so beli kereta ikut bajet+keperluan masa tu.


Nak beli honda baru ni, aku rasa tunggulah 5-6 tahun lagi. Laki aku kata nak beli honda second je. Harga lebih kurang macam Persona.

Dia pun kata macam nak beli MPV, macam Grand Livina. Tapi, rasanya lepas dah ada anak 4-5orang kot. Tapi aku sebenarnya nak beli kereta apa.??? Apa kereta idaman aku??


Aku nak kereta ni je... Rasa cukupla untuk aku pergi dan balik sekolah nanti. Jimat pun jimat jugak. Kalau myvi dah cukup 'haul' nanti, juallah. Baru boleh beli honda baru.. Maybe time tu ekonomi kitorg dah stabil kann... Yang penting, no plat nanti mesti J++ 2004. Sama macam myvi, JMC 2004. hehehe...

Wednesday, December 14, 2011

Kenali diri orang bulan 7

Hye guys...
Aku selamat daftar untuk sem baru ni... Semester ni dari bulan Disember sampai bulan April sebelum aku pergi praktikum.. Semester baru, semangat baru, classmates baru. Aku berazam nak semakin rajin lepas ni... Tak nak tangguh-tangguh kerja lagi....So, sempena minggu pertama, semestinya takde assignment lagi. Aku pun nak meng'update' blog ni yang memang jarang2 di'update'.

Entry kali ni, aku nak cerita pasal ciri-ciri orang bulan 7. Sudah semestinya aku yang lahir bulan 7 sangat berbangga dilahirkan dalam zodiak Cancer (ketam).. Jangan main-main, ketam boleh menyengat...
Aku pun memang suka kalau kawan-kawan yang lahir sama bulan dengan aku, mesti boleh 'ngam' punya laa...!!

Apa dia ciri-cirinya? Aku rasa semua ciri-ciri dia memang sangat sama dengan aku, baik positif atau yang negatif... Kenalah terima kuburukan sendiri kann...hehehe..

Aku senaraikan 25 ciri-ciri orang bulan Julai:
1. Sangat suka didamping. (wah, sudah semestinya...)
2. Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. (ada jugakla..hehe)
3. Ada harga dan maruah diri. (ni confirm2la ada!)
4. Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. (Memang aku..tepat!)
5. Mudah dipujuk dan bercakap lurus. (laki aku xpernah pujuk, pujuk diri sendiri je..)


6. Sangat menjaga hati orang lain. (tepat, padat!)
7. Sangat peramah. (ni confirm2.. tak pernahla org kata aku pendiam)
8. Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. (tepat, mudah sgt terluka)
9. Berjiwa sentimental. (memang...... cengeng!)
10. Jarang berdendam. (bukan jarang, xpernah dendam dgn sapa2 pun)


11. Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. (tak dendam, tapi takkan melupakan. betul, tepat!)
12. Tidak suka benda remeh-temeh. (laki aku ckp aku suka pk hal remeh-temeh)
13. Membimbing cara fizikal dan mental. (ye kot, sbb tu dapat jd cikgu)
14. Sangat peka, terlalu mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.(tepat 100%)
15. Sangat suka kanak-kanak. (tepat 100%)


16. Tinggi daya simpati. (tepat!)
17. Pemerhatian yang tajam. (bolelaa...)
18. Mudah dan rajin belajar. (org kate, aku rajin. dulu kecik2, rajin jugak. skg ada mls sikit)

19. Suka duduk di rumah. (suka jalan2 kot. hehe)
20. Rajin dalam membuat kerja. (dlm adik beradik aku yg plg rajin kot..hehe)


21. Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. (betul!)
22. Lemah dari segi kesihatan perut. (patutlaa...)
23. Mudah gemuk kalau tak kawal diet. (yeke? kena diet ni.. dah ada lemak katak ni)
24. Minta disayangi. (mestila...)
25. Mudah terluka hati tapi lambat pulih. (dah xde frust2 dah skg..dah kahwin..hehe..)



Rasanya hampir tepat lah ciri-ciri dari Dr. Fadzillah Kamsah ni... Korang yang lahir bulan 7, sama tak dengan aku? Rasanya hampir 90% mesti sama kann... Kalau tak sama pun takpe... Yang penting, kita kenal diri kita siapa.... Jumpa lagi~~

Friday, November 25, 2011

141111~ En Jawe's birthday

Jumpa lagi.....
Hari ni dengan rasminya aku dah tamat sem 1.. Lega gile.. 2 minggu sebelum ni memang sangat mencabar nak siapkan assignment+test+exhibition+debat+bla...blaa... terlalu banyak kerja tak tahu nak huraikan dengan kata-kata...wahh!! Bab study, nanti aku cerita di lain post...

Entry kali ni aku nak cerita pasal CELEBRATION besday en husband.... 14 Nov hari tu kebetulan hari Isnin. Aku dah balik Shah alam. So, aku decide nak celebrate awal. Ambil keberkatan tarikh 111111..
Plan nak masak2 untuk dia. Buat candle light dinner ke. Tapi minggu tu aku sibuk nak siapkan assignment... Takpelah bang.. tahun depan eh bang... kita janji sebab masa tu dah abis belajar...

En Jawe pun memang tak kisah pun.. Dia kata dari dulu sampai sekarang, aku jelah ingat besday die.. Yelah, dari zaman belajar aku dah dok bercinta dengan die... 

Posing dulu kat rumah.. peace!!

Tangkap pakai hp je.. (abg lepas ni kita beli camera laa..)

So, aku decide belanja En Jawe makan kat Manhattan Fish Market kat Jusso Tebrau City... Dah lama plan nak makan situ, asyik tertangguh je. (takpelah bang, untuk abang kita belanja abg makan kat sini...)

Makan kek dulu. Kek kecik je. (Takde duit! Student katakan)

Abang makan lah sorang, kita tengok je... 

Nak makan pun muka serius. Tula laki aku...

Hadiahnya mana?? Habis makan baru aku carikan hadiah untuk abang tersayang... Tali pinggang Camel yang en. Jawe nak beli tak dapat dapat. Sebab isterinya tak bagi beli sebab mahal. Aku tak tahu nak bagi apa, aku tunaikan la hajat dia nak tali pinggang tu.....

Sekian.......

Friday, October 7, 2011

Kongsi : UPT boleh mengelirukan

Salam..
Sebenarnya niat aku nak study hari ni.. tapi takde mood pulak. Maybe dengan menaip blog lepas ni mood study datang balik. Lagipun takde sape pun nak baca blog aku. hehe.. sekadar coretan untuk diri sendiri...

Lately, aku dah mula rasa mual+loya, sakit kepala, badan panas macam nak demam, sakit pinggang, sakit kat ulu hati.... Tu semua tanda-tanda awal kehamilan. Aku pun dah missed period 3 minggu. kalau ikutkan hari ni kitarannya dah genap 50 hari.. selama ni kitaran haid aku mmg normal 30-35 hari macam tula. Minggu lepas, aku cek klinik kat Setia Tropika, resultnya negatif. Dr pun suruh aku tunggu lagi 2 minggu lagi. Ikut pengalaman kakak aku dan kawan-kawan aku jugak, biasanya mmg cam tu.. dia boleh detect lambat. Sebulan mmg negatif, tunggu lagi sebulan baru positif. Ditambah pulak dengan 1 blog yang aku jumpa dari Dr. Zubaidi - UPT boleh mengelirukan. boleh klik http://drzubaidi.com/blog/?p=1107

So, aku harap dan berdoa lepas ni ada berita baik yang aku boleh coretkan kat sini. Kalau belum ada rezeki skg pun, aku tak kecewa. Kalau aku pregnant sekalipun, aku bersyukur sangat. Aku pegang kata-kata 'setiap orang ada rezeki masing-masing'. Macam kawan dpli aku, dia dah sah pregnant 5 minggu, die siap kena naik BPG, pergi mahkamah angkat sumpah semua. Dia boleh teruskan dan tak kena extend. So aku tak tahu macam mana status aku kalau sah aku pregnant nanti... Aku tahu 'Allah tahu masa yang terbaik untuk umatnya..'. Semoga Allah memudahkan jalan aku nanti... Aminn...

Friday, September 23, 2011

Home Sweet Home

Salam Jumaat....
Hari ni aku ada mood sikit nak menaip kat blog.. maybe otak tengah free, assignment dah banyak yang dah submit.. Minggu ni balik rumah dok goyang kaki jelaa..
Aku nak bercerita sikit perihal rumah kitorg. Alhamdulillah, aku dan en. Jawe dah ada rumah sendiri... Sebenarnya aku plan nak dok rumah sewa je sebelum beli rumah, tapi en Jawe beria2 nak beli rumah jugak. Rumah kat JB ni memang mahal kalau nak tahu.
Survey punya survey, dapatlah aku rumah ni, dalam 5 minit je dari rumah mak aku.
Bestkan.. aku memang tak boleh jauh2 dgn mak aku.. Anak mak..
En Jawe pun sangat memahami.. kalau die outstation, die kate bolelah mak tengok2kan aku.. Taklah aku sunyi..
Rumah ni kitorang beli sebelum kahwin lagi. Memang dahsyat time tu, nak kumpul duit nak kahwin, nak bayar rumah, nak bayar lawyer... Memang sakit time tu.....
Alhamdulillah, kitorang dapat menghadapinya....
Sekarang ni, dah dekat 6 bulan dok rumah ni.. Dari rumah ni kosong, sikit2 kitorang beli perabot rumah... Bergaduh jugak dengan En Jawe nak pilih cat, perabot. Masing-masing nak ikut selera masing2. Tapi rasanya aku lagi pakar menghias... Al maklumlah peminat Eric Leong..hehe..


  Living hall kami. Rumah kecik je

Cantik tak? Aku memang minat interior Eric leong.. So, banyaklah idea+inspirasi aku untuk mendekor rumah dari mamat botak tu... Plus, aku pun memang minat dengan barang2 Ikea. Kakak aku la yang mengajar ni... Setakat ni, baru 2 kali aku pegi shopping kat sana. En Jawe tak suka, dia kata aku ni fanatik sgt dengan Ikea... Tak abis2..ikea2.. Tapi die layan jugak....


Sofa tu En Jawe pilih. Tengok badanlaa

Dining hall. Nak upgrade lagi. Nampak kosong kan?

Monday, September 19, 2011

Aku seorang student!

Aku kini seorang student....
Sebenarnya, aku dapat sambung DPLI kat UiTM Shah Alam.. UiTM dihatiku... kan..kan..
Aku dah daftar 9 Julai hari tu.. kira dah 2 bulan lebih la aku bergelar student sepenuh masa..

Dengan berkat sokongan En Jawe, family dan cikgu2 sekolah, aku ambil keputusan letak jawatan GSTT Pendidikan Khas.. Walaupun hampir 2 tahun aku kat sekolah tu.. Sedihnya tak tahu nak cakap.. aku sayang murid-murid Pendidikan Khas. Tapi, diorang cakap, ni dah rezeki aku, peluang aku dan untuk masa depan aku.. Rugi kalau aku tolak. Lagipun, aku muda lagi dan takde anak lagi. Memang aku serba salah nak terima dpli ni. Bak kata en Jawe, 'biar kita susah dulu, nanti kita senang kemudian hari." Tapi, ini lah pengorbanan yang aku ambil tatkala inai masih merah di jari masa aku daftar masuk hari tu... (jiwang la pulak..).

En Jawe?? Orang kate, semakin jauh semakin sayang.. Die sangat memahami.. Lagipun, every week aku balik untuk memenuhi tuntutan+tanggungjawab aku sebagai seorang isteri.. cewahhh... En Jawe akan tinggalkan sebakul penuh baju untuk aku basuh. Sebelum balik pun aku akan gosokkan baju seluar kerja dia untuk seminggu... dan bila balik Shah Alam, die akan hantar aku.. Kesian dier....

Kehidupan?? Aku happy kat sini, kawan2, lecturer semuanya best2... Masa mula-mula nak daftar, macam2 aku pikir.. Nak berkenalan dengan kawan baru, suasana baru, nak kena belajar balik walaupun dah 2 tahun meninggalkan zaman U.. ohh, semuanya stress..
Tapi alhamdulilah aku dapat mengharunginya dengan baik~~

Sebenarnya baru tahun ni DPLI buat program setahun setengah.. sebelum2 ni setahun je..
1 tahun belajar+ setengah tahun praktikum. So, nak tak nak, kenalah aku hadapinya.. dah ni keputusan aku dan ini cita2 aku untuk menjadi seorang pendidik.. Doakan semoga aku berjaya with flying colors.. Amin...

Gambar gedik dalam kelas..hehe,,

Ni lah kehidupan aku sekarang, mengadap buku+assignment+presentation


Berbuka puasa di Tanjung Harapan

Kawan2 yang best dari pelbagai negeri

Friday, September 16, 2011

Eidul Fitri 2011

Masih tak terlambat lagi aku nak ucap
"Selamat Hari Raya Aidil Fitri Minal Aidil WalFaizin..."
Wah, bangga cheq noo.. Memang aku bangga mak aku bagi nama Nur Faizin aka cahaya hari raya @ cahaya kejayaan... bersempena hari raya.. tapi nama ni universal.. lelaki ade, pempuan pun ade.. dan nama ni jarang jugak ade kat pasaran..hee..
Aku mmg lahir 13 syawal.. Mak kata, sempat lg mkn ketupat, rendang time tu.. tapi ingatkan anak lelaki, nak letak nama Mohd Aidil.. kuarnya pempuan ala2 comel lg.. tu yang terus letak nama yang indah lagi permai ni...

Tu baru intro je.. sebenarnya aku nak cite, tahun ni 2011, 1st time aku beraya ngn en Jawe.. tahun ni beraya kat rumah die, kat Muar.. takpe aku bg can kat die dulu.. tahun depan kat jb pulak yee...

Tiap2 tahun, pg raya mesti die mms gambar die kat aku.. tapi kali ni aku dpt tgk die depan mata aku sendiri.. happy2~~ tp sedih jugak, selama 26 tahun aku beraya ngn fmly aku je.. dulu balik uma atok, tp atok da meninggal, so kami beraya kat JB je..
Kat rumah mertua aku, best jugak.. sbb fmly die besar.. pg lps solat sunat raya (walaupun aku tak pegi..) makan2 lps tu ade marhaban.. lps salam2, nangis2 semua, terus beraya rumah sedara mara die kat kg... smpla ke petang... penat jugakla..
kalau aku kat jb, lps mkn, salam2 dok ngadap tv je.. tunggula sape2 yg dtg rumah..hehehe..

Tapi yang kelakarnya, aku bole lupa salam cium tangan en Jawe masa pagi raya tu.. mmg tak ingat langsung, sbb sibuk bergambar ng sepupu sepapat die.. Tapi saat tu la yg aku tunggu2 selama ni. tp bole blur sekejap.. En Jawe la tegur mula2.. hehe.. bersalahnya aku.. Masa maghrib kami solat jemaah berdua, baru aku salam minta ampun.. aku mengaku memang banyak buat salah dengan die, en Jawe selalu cakap aku ni degil....degilkah aku??
Sebelum berakhir aku letak gambar aku & en Jawe di pagi raya..

Tema hijau.. comel kan..

Kenapa masa ni aku tak salam eh..confius
Keluarga besar mertuaku
Anis, Jaja, aku & Ecah