Wednesday, March 16, 2011

Raikan Ikatan Cinta Aku & Dia

Tinggal lagi 8 hari lagi...
Aku cube untuk tenangkan diri, jangan stress, pk semuanya akan selamat dan berjalan lancar. Persiapan hampir 80% siap. Minggu ni ingat nak pergi spa kat BBU. Nak seri-serikan muka ni. Lately, aku makin malas nak bersolek-solek. Bak kata adik aku, 'ko ni makin selekeh la'. Hari tu bagi kad jemputan kat JPN, sorang member aku pun cakap, 'mentang-mentang nak naik pelamin, muka tak solek pun.' hehe..
Ntahla, bukan apa, skg ni nak cepat je siap. Asalkan tutup aurat..hehe..
Entry kali ni, aku nak presenting my kad kahwin....


Majlis nikah akan diadakan di Surau Annur, berdekatan dengan dewan selepas maghrib pada 25 Mac (Jumaat) manakala majlis bersanding di Dewan Kompleks Perumahan TNB, Taman Kempas pada 26 Mac 2011 (Sabtu). Sudi-sudi lah raikan kami berdua ye. Semoga semuanya berjalan lancar.. Aminn..

Monday, February 28, 2011

Sedia untuk buka brazers!!

Aku HAPPY sangat hari ni. Sebabnya.... Brazers aku nak buka!! Citenya mcm ni.. Petang tadi pegi Pejabat Kesihatan, tempat aku check-up gigi. Sebenarnya aku datang nak ambil getah gigi yang dah hilang.. Kena pakai getah tu sebab nak rapatkan gigi tepi. Appointment aku sebenarnya 17 Mac nanti. Kebetulan dah datang tu, aku tanya sekali nurse kat kaunter tu, 17hb nanti boleh ke brazers aku buka? Masa appointment lepas aku lupa nak tanya, sebab doc baru yg periksa aku. Biasanya Dr. Akhmar. Dia doktor pakar kat situ. Aku memang dah cakap dari tahun lepas ngn doc yang aku nak buka brazers bulan 3, sebab nak kahwin. hehehe..

Nasib Dr. Akhmar ada tadi. Lepas dia check gigi aku, dia kata dah boleh buka. Gigi aku dah ok... Wah, seronoknya... Dia cepatkan appointment aku ke 9 Mac nanti. So hari tu, brazers aku dah bole buka la!! Lepas ni aku pakai retainer jela.. Retainer tu boleh buka pakai bagi gigi jangan bergerak...

Alhamdulillah, akhirnya impian aku nak gigi cantik dan rata akan tercapai. Aku stat pakai dari bulan Mei 2009. Hampir 2 tahun jugakla aku pakai. Tu pun lepas tamat degree baru teringin nak pakai. Sebab dah terpikir nak kahwin.. hehe. Kahwin mesti kena cantik, kena sentiasa senyum.. Dulu aku memang rendah diri kalau cakap pasal gigi, sbb gigi atas aku agak 'kedepan' sikit. Bila bergambar pun takkan tunjuk gigi. Memang jeles tengok gigi orang yang rata. Tapi aku pegang kata-kata, 'Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya'.

Cantik kan gigi Misya Omar skg?

Wednesday, February 23, 2011

Interview Nikah

Good morning dan Salam 1 Malaysia..
Semalam aku n En. Jawe submit borang nikah kat Pejabat Agama Islam Johor Bahru.. Rasa dah terlambat nak submit, sebab menunggu En . Jawe yg bz memanjang dengan kerjanya.. uhh, tu pun selepas bergaduh dengan dia suh minta cuti cepat2.. Yela, setel cepatkan bagus...

Yang paling menakutkan kami adalah masa INTERVIEW nanti. Oh, nervesnya... Apela yang akan ditanya nanti. Kalau tak dapat jawab, malunya.. kui..kui.. Ada orang penah cakap kat aku, kalau pasangan sama2 orang Johor, interview agak mencabar, sebabnya kami ni sekolah agama.. Iye ke?? Kebetulan aku n En. Jawe memang sekolah agama pun sampai Darjah Khas dan dapat pangkat 1.. (oh, berlagaknya!)
Sebab tak nak malu dikatakan anak Johor takde ilmu agama, aku pun study cikit2 dalam buku yang diberi masa kursus kahwin hari tu. Biasa soalan yang ditanya, rukun nikah, doa qunut, tanggungjawab suami isteri dll. Kalau soalan tu yang keluar, bolehlah aku nak jawab. Hehe..

Dalam perjalanan, aku cuba berselawat apa yang patut, sebab nak tenangkan diri. Tapi, En. Jawe yang nampak muka takut n nerves. Dia kate, kalau interview sorang2, tak dapat jawab takpe. Tapi ni ada aku. Malu besar beb! Aku kata, kalau aku tak dapat jawab, dia kena tolong, begitulah sebaliknya. Sampai je sana dalam pukul 9 pagi, aku terus letak borang, tunggu nama dipanggil. Pada fikiran aku, lepas semakan borang, kita akan dipanggil masuk bilik utk interview. Bila time aku kena semakan borang, first orang tu tanya,'Sekolah agama tak? Sampai darjah khas?' Aku pun angguk. En Jawe pun ditanya benda yang sama dan ada penambahan 'Awak pandai baca doa Qunut?' Dia pun cakapla, pandai. Tapi, tak suruh pun baca. Ustaz tu cakap, kadang2 ada orang lelaki datang nak submit borang nikah siap pakai rantai, gelang. Ktorang senyum je. Tak sampai 10 minit lepas tu, ustaz tu bagi set borang dan kena pas kat jurunikah nanti. Itu jelah, setel!! Senang kan ...

Yang kitorang kelakar time menunggu proses tu, ada satu couple tu, kena soalan yang susah2 dari ustaz yang lain.. Si laki tu, siap keluarkan jari nak mengira, agaknya rukun nikah kot. En Jawe kate, maybe rukun sembahyang sebab die mengira sampai 10 jari. Aku dengar, ustaz tu tanya apa beza nafkah zahir dan batin? Kalau berhadas besar, apa perkara yang tak boleh dilakukan. Tapi macam ustaz tu tanya, dia yang jawab sendiri. Hehe.. Kesiannya tengok couple tu....

Saturday, February 5, 2011

50 hari dan Karaoke!

Lagi 50 hari.... Apa persiapan aku dah buat? Rasanya banyak yang dah setel.... Yang belum setel cuma borang nikah, fitting baju dan hantar barang hantaran...Ok,ada masa lagi... Dun worry Faizin!!

Hari ni, aku nak ceritakan perihal KARAOKE pada majlis kahwin... Ada orang suka, ada orang tak suka.. Terpulangla pada masing-masing.. Tapi, tadi aku ada baca satu blog, dia pun tak menyokong karaoke untuk majlis dia. Dia pun suruh pertahankan.. Aku ingat aku sorang je tak suka. Dan ramai bloggers2 yang lain, turut menyokong... Sebenarnya dari awal lagi aku memang tak nak ada karaoke kat  majlis kahwin aku nanti.. Yelaa, tu kan majlis kita.. Aku tak nak orang lain buat majlis aku, macam majlis mereka sendiri... Kadang2 nyanyi lagu ntah ape2.. Lagu yang tak sesuai dengan majlis... Lagu rock misalnya...Adooii, tolonglaa...

Gambar hiasan semata

Tapi, aku tahu mak ayah aku mesti nak ada karaoke nanti... Yela, nak memeriahkan majlis katanya... Tapi, aku dah siapkan beberapa lagu yang sesuai masa majlis aku nanti... Lagu yang tak menyakitkan hati, yang sedap halwa telinga mendengar...  Tapi, YANG PASTINYA, ayah aku dah tempah karaoke+penyanyi kat vendor kami... Aku dah cakap TAK NAK, tapi apakan daya terpaksa ku telan jua....

Tapi dalam diam-diam, aku dah cakap dengan vendor tu, aku ada sediakan CD lagu untuk dipasang nanti... Dia kate pun ok, dan dia suruh sediakan lagu masa potong kek nanti... Yang tu, aku belum decide lagi nak lagu mana...Aku pun nak cakap jugak nanti, kalau 'penyanyi' tu nak melalak, kena nyanyi lagu yang sesuai... Bukan lagu rock, bukan lagu Mawi!! Lagu Maher Zain, takpe! Boleh gitu??

Tuesday, February 1, 2011

Pemenang Mencipta Tagline!!

Haaaaa...
Hari ni hari yang paling best bagi aku... Walaupun dah berapa hari ni badan aku panas n selesema je... Tapi lepas dengar berita ni, terus baik... Haha..
Aku diumumkan sebagai Pemenang Mencipta Tagline dari Seri Sentuhan!!!
Tahniah nurfaizin!! ...anda telah memenangi peraduan mencipta tagline seri sentuhan. Hadiah tajaan gubahan hantaran fresh flower bernilai RM 1,000.00 daripada SERI SENTUHAN untuk hari bahagia anda nanti. TQ
Sebenarnya aku main isi je tagline time tu... Tapi yang sesuai aku rasa untuk Seri Sentuhan...Yela kebetulan akk tu tengah buat pertandingan.. Rezeki bakal pengantin orang kate.. Dan berkat belajar marketing..Tapi memang sangat2 tak sangka aku yang dapat..Untung En. Jawe nanti.. Dapat gubahan RM1,000 fresh flower lagi... Aku pun nak suruh die bagi aku hantaran fresh flower jugak.. Tak aci2!!!

So, sape2 yang nak kahwin bolehlah terus berhubung dengan Seri Sentuhan ye.. Akak tu pun sangat baik orangnya... Dan gubahannya sangat2 cantek!!
Terima Kasih Seri Sentuhan!!!

Wednesday, January 19, 2011

Wedding cake + Hantaran cake

Makin hari makin dekat dengan hari pernikahan aku dengan en. jawe. So lagi 2 bulan ni, aku update pasal preparation aku menjelang hari bahagia je la yee...
Hari ni aku nak cerita pasal pemilihan wedding cake kitorang nanti. Survey punya survey aku suka cake yang macam ni... taraa.....


Suka sangat yang ade patung comel macam tu. So cute... Tapi color je kena tukar kot. Mestilah red theme. Tapi aku nak try buat red+silver untuk kek pengantin ni..So aku dah suruh 'wedding planner' tak bertauliah a.k.a akak Fain aku tanya harga dekat akak yang buat kek ni. Kak Comel nama die. Kebetulan akak ni duduk dekat je dgn rumah aku kat Setia Tropika. So senang kalau nak ambik kek tu nanti. Harga die ok still dalam bajet aku jugak. Nasib akak ni pun free dengan tarikh wedding aku. Confirmlah amik dgn akak ni!! Tapi belum bayar deposit lagi. Wuahaha... Akak aku suruh confirmkan dulu aku nak design macam mana. Nanti senang akak tu nak buat..

Bab kedua, pasal hantaran cake. Sebenarnya aku nak bagi kek lapis je dekat en. jawe. Dia pun tak kisah.. Lagipun family dia suka makan kek lapis yang aku bagi masa tunang dulu. Tapi akak aku cakap bagilah cupcakes. Cantik cikit. Aku pun tak kisah. So, wedding cake dan hantaran cake untuk en. jawe aku buat dengan kak Comel jugak.... Tapi aku belum decide nak design yang macam mana...
 Yang ni ke?

Tak pun yang ini... Cutekan...

Monday, January 3, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Salam semua...
Sudah lamanya tak update blog ni.. Malas pun ada... Bz pun ade... hehe..
Masih belum terlambat aku nak ucapkan 'Selamat Tahun Baru' kepada kawan-kawan semua..
Tahun 2011 rasanya akan memberi seribu makna bagi aku... Yelah tahun ni aku akan kahwin!!! 
Wah,lagi 2 bulan 3 minggu je aku akan menjadi seorang isteri kepada En. Jawe.. Kejapnya....
Persiapan???
Hantaran settle, pelamin+makeup+baju+photographer semua dah book. Kad pun dah siap.. Cepatkann...Sekarang ni tengah packing goodies2 je sikit2... 
Aku mmg tak suka buat keje last2 minit ni... 
Cuma sekarang belum book bridal belah lelaki je... Any suggestion tak bridal yang best kat Muar?? 
Harap2 semuanya akan berjalan dengan lancar dan selamat nanti... 
Aku dah ingatkan en jawe semoga jaga diri bila kat site n drive tu... Risau beb...
Yelah, masih 'berdarah manis' lagi...
Moga impian kami untuk berumah tangga setelah hampir 7 tahun bersulam kasih akan tercapai..
Aminn....